Thursday, 19 September 2019

makanan kreatif


Pengenalan:

Pengisian ini membahaskan tentang parti yang melampau yang melibatkan hiburan dan mengarah kepada maksiat dan fitnah. Hiburan itu penting dalam kehidupan. Ini kerana hiburan dapat mengurangkan tekanan dan kesedihan seseorang individu. Hiburan iaitu parti juga boleh merapatkan silaturahim antara individu dengan individu lain. Namun begitu, hiburan yang sepatutnya membawa kepada kebaikkan ini telah disalah fahami oleh sesetengah individu. Di mana parti yang biasa biasa sahaja telah menjadi liar dan tular ke media sosial. Bagaimanakan parti liar ini boleh terjadi? Bagaimanakah kita hendak mengatasi parti yang melampau ini?



Bagaimanakan parti liar ini boleh terjadi? 
- Kurangnya pengawasan daripada ibu bapa. 
- Kurang didikkan agama 
- Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran 
- sifat ingin mencuba

Langkah mengatasi: 
- awasi pergaulan anak anak 
- memberikan didikan agama yang sempurna 
- sentiasa peka dengan perubahan anak anak 
- berikan kasih sayang yang sempurna

Contoh parti melampau atau liar:
 - parti di mana makanan di buat menjadi bentuk alat sulit (viral) 
- parti yang membawa kepada maksiat dan zina (clubbing di rumah secara peribadi )


Kesimpulan
Kesimpulannya, kita haruslah menjaga batas pergaulan kita. Nabi SAW pernah bersabda “ wahai hanzalah, sekiranya kamu berterusan dengan keadaan kamu sekarang ini iaitu ibadah semata - mata tanpa rehat dan berhibur seketika nescaya malaikat akan mengiringi kemana sahaja kamu lalu”. sesungguh nya mencegah itu lebih elok daripada merawat.

Siapakah aku dimata mu

LGBT - lesbian, gay, biseksual & transeksual

Pengenalan

LGBT atau dikenali dengan nama lain GLBT adalah merujuk kepada sekelompok golongan yang mengamalkan cara hidup gay, lesbian, biseksual dan transeksual. Istilah LGBT bertujuan untuk menekankan kepelbagaian seksualiti dan gender budaya berasakan identiti.

Lesbian

Lesbian adalah golongan yang mempunyai tarikan seksual terhadap perempuan lain. Mereka juga mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup bersama selama-lamanya.
Gay

Perkataan Gay merujuk pula kepada pasangan sejenis seperti lesbian tetapi yang membezakannya adalah lelaki bersama lelaki. Gay bermaksud seorang lelaki yang mempunyai emosi dan keinginan seksual terhadap lelaki lain. Perkataan  Gay ini juga membawa maksud homoseksual.

Biseksual

Biseksual adalah merujuk kepada individu yang mempunyai kecendurangan untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Golongan seperti ini mempunyai keinginan seks yang melampau kerana mereka rela dan seronok apabila melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina. 

Transeksual

Transeksual atau transgender iala suatu keadaan di mana seseorang cenderung mengenal pasti diri mereka dengan gender yang tidak konsisten dengan jantina biologi mereka. biasanya mereka akan melakukan beberapa usaha perubatan untuk menukar keadaan fizikal mereka supaya menyerupai jantina berlainan, 

PUNCA Terjebak Dengan Golongan LGBT

- Kurang penghayatan agama
- Penerimaan & persefahaman baik oleh rakan sejenis
- Konflik keluarga
- Trauma masa lampau
- Salah faham terhadap takdir

KESAN LGBT

Kesan Kepada Individu
- Akan dipinggirkan oleh masyarakat sekeliling dan akan dipandang hina. 
- Membahayakan kesihatan mereka kerana mereka akan mudah untuk terkena penyakit seperti kanser dubur.

Kesan Kepada Masyarakat
- Semakin merasa tidak selesa dengan kewujudan golongan ini yang semakin hari semakin berani menunjukkan diri mereka melalui pelbagai cara.

LANGKAH - LANGKAH 

- Ibu bapa sewajarnya memantau aktiviti sosial anak-anak mereka dan penggunaan telefon bimbit
- Guru-guru harus memberi penjelasan dan pemahaman mengenai gejala LGBT ini agar mereka tidak terjerumus dengan gejala yang kini kian aktif dan berleluasa.
- Menjaga batas pergaulannya dengan orang lain tdak kira sama ada berlainan jantina mahupun sama jantina.
- Masyarakat setempat kita harus menasihati dan membimbing mereka agar kembali ke pangkal jalan.
- Masyrakat lain juga harusalah memberikan semangat dan dorongan serta membantu mereka untuk berubah. 

KESIMPULAN 

Kesimpulannya, semua pihak seharusnya bersatu padu untuk membendung masalah LGBT ini. Penglibatan semua pihak dalam membanteras gejala ini mampu memberikan kesan yang positif kepada agama, bangsa dan negara. Sikap tidak mengambil berat terhadap masalah ini seharusnya dibuang untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas LGBT. Sesungguhnya dalam dunia ini kita berpegang kepada ajaran agama masing-masing yang menolak hubungan songsang ini. Oleh yang sedemikian, kita sebagai rakyat Malaysia perlu menolak sekeras-kerasnya tindakan LGBT ini. 

Gelek macam BEST je..

Pengenalan

Aplikasi tik tok menyediakan banyak keistimewaan yang boleh digunakan seperti kesan getaran pada pada video dengan muzik yang pelbagai, animasi 3D, sticker yang menarik, noleh mengubah wajah, warna rambut dan pelbagai lagi.

video tik tok ini sering mendapat perhatian ramai kerana mempamerkan pelbagai aksi yang melucukan. Tetapi, ada juga pengguna yang memuat naik video yang menjengkelkan sehingga dikecam dan dihentam teruk oleh masyarakat.

selain itu, tik tok juga adalah medium trend untuk mempromosikan produk dalam sesuatu bisnes.

Punca-punca 

1. Hilangnya rasa malu
2. Kurang pemantauan oleh ibu bapa 
3. Kurang didikan agama
4. Ingin mengejar populariti dan mengikut trend teknologi

Kesan-kesan

- akan menyebabkan seseorang menjadi ketagih dengan gajet
- akan mejadi terlalu leka dengan dunia maya

Langkah-langkah

1- Terhadap individu
   memikir dan menilai baik dan buruk sesuatu sebelum bertindak

2- Terhadap ibu bapa
     memantau aktiviti anak-anak tidak kiralah mereka masih bersekolah ataupun sudah           meningkat dewasa 

3- Terhadap kerajaan
     penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perkara yang kurang bermoral seperti                 menapis bahan-bahan yang tidak elok untuk masyarakat.

Kesimpulan

Teknologi dan hiburan sememangnya seiring dengan perkembangan semasa.Terutamanya kepada wanita, kita mestilah menjaga adab serta perilaku kita. tidak perlulah kita mengejar populariti sehingga sanggup mendedahkan aurat dan kurangnya sifat malu dalam diri. terus sebarkan kebaikan, jangan berlumba mencari perhatian.

JOM BERJIMBAA !!!


ZOUK ITU SYURGA AKUUU!!!

Hiburan merupakan suatu perkara yang di minati oleh semua orang untuk mereka lepaskan tekanan mereka. Setiap orang mempunyai minat dan konsep hiburan yang berbeza-beza. Islam tidak memperincikan apa bentuk hiburan kerana ia terserah kepada kesesuaian individu. Hiburan  boleh terjadi dalam berbagai cara dan kelab malam adalah salah satu contoh hiburan yang melampau.


Kelab malam merupakan sejenis tempat istirehat yang beniaga pada waktu larut malam. Walaupun kelab malam juga sejenis kedai arak, namun kelab malam berbeza dengan bar atau pub kerana dilengkapi dengan ruang tarian dan khidmat DJ yang memainkan lagu pop dan tarian yang rancak. Golongan-golongan yang kerap pergi ke kelab malam kebiasannya golongan-golongan muda yang inginkan hiburan bagi menceriakan diri mereka sendiri dan juga kononnya untuk mengisi masa lapang mereka dan menghilangkan tekanan tetapi ia lebih kepada pembaziran masa dan akhirnya terjebak kepada benda yang tidak sepatutnya.





Berdasarkan apa yang terjadi baru-baru ini, pada 15 April 2019 yang lalu di Baitulmaqdis, terdapat satu berita yang sangat menggempurkan di mana “ MASJID JADI KELAB MALAM “. Berdasarkan berita tersebut, Pihak Israel mencetuskan kemarahan umat Islam Palestin apabila meukar Masjid Al Ahmar di wilayah yang di duduki menjadi sebuah kelab malam. Yang paling mengejutkan, permohonan bagi menukar masjid bersejarah itu menjadi bar dan dewan perkahwinan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di Wilayah Safad.


Difahamkan, Masjid Al Ahmar dibina pada abad ke 13 dan namanya kini ditukar kepada Khan Al Ahmar dan ia mula diceroboh pelampau Yahudi pada 1948.




Apa yang terjadi pada zaman sekarang lagi menyedihkan apabila ramai sangat anak muda belasan tahun yang masih bersekolah sudah berani untuk menjejakkan kaki ke kelab malam tanpa pengetahuan ibu bapa mereka sendiri. Mereka sanggup menipu ibu bapa mereka asalkan mereka dapat keluar berhibur dengan rakan-rakan. Perbuatan seperti ini patut dibendung oleh pihak berkuasa.

Seperti yang kita tahu, seorang pendakwah mualaf iaitu Ustaz Ebit Lew, sendiri menangis melihat ramai anak-anak muda membanjiri kelab malam. “MENANGIS JE”, antara luahan Ustaz Ebit Lew. Dia berasa sebak dan sayu apabila pergi berdakwah di kelab kerana di situ sesak dengan anak muda yang majoritinya beragama Islam yang sedang keluar masuk kelab tersebut.

Kata Ustaz Ebit Lew, ramai anak muda baik-baik di situ apabila diberikan nasihat dan mereka hanya tersenyum apabila mendengar nasihat daripada Ustaz Ebit Lew. Ketika dia menyampaikan dakwah, ada seorang pemuda meluahkan perasaannya bahawa dia tidak solat langsung dan menyatakan yang dirinya kotor dengan dosa. Lalu mereka bertanyakan soalan bahawa adakah Allah akan mengampuni mereka.

Seperti biasa, Ustaz Ebit Lew akan menjawab dengan penuh lemah lembut dan sopan santun dan menjawab kepada pemuda itu bahawa Allah sayang akan semua hambanya dan beliau memesan kepada pemuda tersebut bahawa jangan pernah tinggal solat. Betul! Sejahat mana pun kita, sehina mana pun kita, janganlah sesekali kita meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama.





 KESAN

Dalam kajian kami mencari kesan dan tiada kesan yang baik tetapi kesan yang tidak baik. Antarnya ialah
·         - Peningkatan kes jenayah di dalam negara
·         - Keruntuhan akhlak masyarakat terutamanya anak muda remaja
·         - Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.
·         - Menggagalkan usaha kerjaan untuk melahirkan masyarkat yang berwawasan
·         - Maruah keluarga tergadai

CARA MENGATASI

·       >  Masyarakat pelu mendekatkan diri dengan didikan yang berunsurkan agama.
·    > Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memberi perhatian dan mengawasi pergerakan anak-anak mereka.
·      > Ibu bapa hendaklah mengenal pasti dan mengambil berat tentang masalah yang sedang dihadapi oleh anak mereka.
·    > Selain itu, ibu bapa perlu mementingkan didikan agama terhadap anak-anak supaya mereka dapat membezakan halal dan haram
·    > Remaja perlu memilih kawan yang betul dan yang boleh membimbing kita ke jalan yang benar.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita sebagai manusia boleh berhibur tetapi ada batas yang kita perlu jaga dan jangan sampai terpesong ke arah lain. Para remaja tidak sepatutnya menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Ia disebabkan sikap anak muda yang suka mencuba benda baharu yang mereka tidak pernah buat. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga kebajikan anak-anak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya kepada mereka. Akhir sekali, pihak kerajaan juga perlu bertanggungjawab untuk tidak meluluskan pembukaan kelab-kelab malam di negara ini.

Pubg ku.. Duniaku..

PUBG KU ... DUNIA KU ...

Kegilaan masyarakat hari ini terhadap permainan video dalam talian kian meningkat, bahkan boleh
menjadi ketagihan kepada masyarakat tanpa mengenal usia. Mungkin kita melihatnya perkara biasa,
tambahan jika melibatkan golongan remaja, bagaimanapun ketagihan tersebut tidak hanya
melibatkan satu golongan sahaja.


Punca-punca ketagihan permainan video

1- Permainan video yang murah

Jika diperhatikan di dalam applikasi play store, harga untuk memiliki satu online game terlalu
murah, malah adakalanya boleh dimuat turun secara percuma. Disebabkan itu, pengguna
boleh memuat turun lebih daripada satu permainan video.

2- Reward point semakin meningkat

Reward ini akan hadir dalam bentuk pemberian senjata yang lebih hebat dan baru, atau
unlocked beberapa perkara di dalam level game seterusnya. Selagi mereka tidak Berjaya
mendapat reward tersebut, mereka akan menghabiskan masa berjam jam menghadap
permainan video tersebut.

3- Pengaruh rakan sebaya

Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan anak-anak terutama para remaja kerana remaja lebih mudah untuk berkomunikasi sesame sendiri. Remaja juga
mudah terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh rakan mereka sama ada baik atau buruk terutama mereka yang tidak mempunyai pendirian.

4- Media massa dan elektronik

Perkembangan media massa dan elektronik juga menyumbang kepada masalah ketagihan
pemainan videoini. Perlbagai jenis permainan video diciptakan antaranya computer, xbox,
playstation dan banyak lagi.

KESAN-KESAN KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO

1- Menjejaskan masalah kesihatan

Apabila individu itu terlalu leka bermain permainan video, individu itu akan lebih
mementingkannya lebih dari dirinya sendiri. Sebagai contoh, individu akan meninggalkan
waktu makannya kerana taksub bermain permainan video.

2- Prestasi pelajaran merosot

Bagi golongan remaja, mereka akan menghabiskan masa dengan bermain permainan video berbanding mengulang kaji pelajaran, membuat tugasan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Perkara ini membuatkan prestasi semakin merosot dari masa ke semasa.

3- Tidak tahu bersosial dan komunikasi

Permainan video yang tidak terkawal dapat melahirkan individu yang tidak tahu bersosial
dan berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini disebabkan mereka tidak mempuyai peluang untuk memulakan perbualan kerana sibuk dengan permainan video. Tambahan pula, mereka tidak dapat mengasah keyakinan untuk bercakap didepan khalayak ramai.

4- Hubungan kekeluargaan yang renggang

Hal ini disebabkan mereka tidak meluangkan masa dengan ahli keluarga yang lain kerana
terlalu sibuk dengan permainan video dan banyak memberikan alas an apabila ditegur.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO

1- Tindakan tegas dari ibu bapa

Ibu bapa terlebih dahulu memberi kesedaran dan ilmu kepada anak-anak tentang manfaat
dan bahaya bermain permainan video yang terlalu kerap. Ibu bapa perlu mengawas atau
menyelia sendiri aktiviti anak-anak agar tidak bermain terlalu lama.

2- Terhadkan masa

Individu perlu menetapkan masa untuk bermain permainan video. Sebagai contoh, 1
hinggan 3 jam sahaja untuk bermain permainan video. Masa selebihnya perlu diluangkan
Bersama keluarga, bersukan atau aktiviti yang berfaedah.

3- Tetapkan objektif dan matlamat

Sekiranya hendak melayari laman sesawang, hendaklah menetapkan dan mengenalpasti
tujuan-tujuan untuk melayari laman sesawang supaya tidak terjebak dengan permainan
video online.

4- Bahagikan masa sewajarnya

Individu perlu bijak membahagikan masa antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan. Sebagai contoh ada waktu untuk membuat kerja sekolah atau pejabat dan ada juga waktu untu bermain permainan video.



Penutup

Tiada salahnya untuk bermain permainan video untuk menghiburkan diri namun, jika sudah menjadi ketagihan dan tidak terkawal, sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut sebelum menjadi serius. Terdapat juga banyak kesan yang boleh dialami oleh mereka yang tegar bermain permainan video yang tidak terkawal. Oleh yang demikian, individu harus mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengongkong permainan video daripada mempengaruhi kehidupan terhadap diri masing-masing.

Wednesday, 18 September 2019

DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM


DUA 6022
KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

SESI JUN 2019

HIBURAN MELAMPAU

AHLI KUMPULAN


NAMA : NORSHAWAHIDA BINTI ABD RAZAK 
NO. MATRIK : 01DKB17F1050


NAMA ; NUR AIN BINTI MOHAMAD JEFFRY
NO, MATRIK : 01DKB17F1060


NAMA : NUR RADZIAH BINTI MOHD AZMI
NO. MATRIK : 01DKB17F1040


NAMA : SHAHFENAS NOR ALIS BINTI SHAHBNI
NO. MATRIK : 01DKB17F1048


NAMA : NUR NATASHA FAZIERA BINTI BADRUL'AZAM
NO. MATRIK : 01DKB17F1044