Thursday, 19 September 2019

Siapakah aku dimata mu

LGBT - lesbian, gay, biseksual & transeksual

Pengenalan

LGBT atau dikenali dengan nama lain GLBT adalah merujuk kepada sekelompok golongan yang mengamalkan cara hidup gay, lesbian, biseksual dan transeksual. Istilah LGBT bertujuan untuk menekankan kepelbagaian seksualiti dan gender budaya berasakan identiti.

Lesbian

Lesbian adalah golongan yang mempunyai tarikan seksual terhadap perempuan lain. Mereka juga mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup bersama selama-lamanya.
Gay

Perkataan Gay merujuk pula kepada pasangan sejenis seperti lesbian tetapi yang membezakannya adalah lelaki bersama lelaki. Gay bermaksud seorang lelaki yang mempunyai emosi dan keinginan seksual terhadap lelaki lain. Perkataan  Gay ini juga membawa maksud homoseksual.

Biseksual

Biseksual adalah merujuk kepada individu yang mempunyai kecendurangan untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Golongan seperti ini mempunyai keinginan seks yang melampau kerana mereka rela dan seronok apabila melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina. 

Transeksual

Transeksual atau transgender iala suatu keadaan di mana seseorang cenderung mengenal pasti diri mereka dengan gender yang tidak konsisten dengan jantina biologi mereka. biasanya mereka akan melakukan beberapa usaha perubatan untuk menukar keadaan fizikal mereka supaya menyerupai jantina berlainan, 

PUNCA Terjebak Dengan Golongan LGBT

- Kurang penghayatan agama
- Penerimaan & persefahaman baik oleh rakan sejenis
- Konflik keluarga
- Trauma masa lampau
- Salah faham terhadap takdir

KESAN LGBT

Kesan Kepada Individu
- Akan dipinggirkan oleh masyarakat sekeliling dan akan dipandang hina. 
- Membahayakan kesihatan mereka kerana mereka akan mudah untuk terkena penyakit seperti kanser dubur.

Kesan Kepada Masyarakat
- Semakin merasa tidak selesa dengan kewujudan golongan ini yang semakin hari semakin berani menunjukkan diri mereka melalui pelbagai cara.

LANGKAH - LANGKAH 

- Ibu bapa sewajarnya memantau aktiviti sosial anak-anak mereka dan penggunaan telefon bimbit
- Guru-guru harus memberi penjelasan dan pemahaman mengenai gejala LGBT ini agar mereka tidak terjerumus dengan gejala yang kini kian aktif dan berleluasa.
- Menjaga batas pergaulannya dengan orang lain tdak kira sama ada berlainan jantina mahupun sama jantina.
- Masyarakat setempat kita harus menasihati dan membimbing mereka agar kembali ke pangkal jalan.
- Masyrakat lain juga harusalah memberikan semangat dan dorongan serta membantu mereka untuk berubah. 

KESIMPULAN 

Kesimpulannya, semua pihak seharusnya bersatu padu untuk membendung masalah LGBT ini. Penglibatan semua pihak dalam membanteras gejala ini mampu memberikan kesan yang positif kepada agama, bangsa dan negara. Sikap tidak mengambil berat terhadap masalah ini seharusnya dibuang untuk mewujudkan sebuah negara yang bebas LGBT. Sesungguhnya dalam dunia ini kita berpegang kepada ajaran agama masing-masing yang menolak hubungan songsang ini. Oleh yang sedemikian, kita sebagai rakyat Malaysia perlu menolak sekeras-kerasnya tindakan LGBT ini. 

No comments:

Post a Comment