Thursday, 19 September 2019

JOM BERJIMBAA !!!


ZOUK ITU SYURGA AKUUU!!!

Hiburan merupakan suatu perkara yang di minati oleh semua orang untuk mereka lepaskan tekanan mereka. Setiap orang mempunyai minat dan konsep hiburan yang berbeza-beza. Islam tidak memperincikan apa bentuk hiburan kerana ia terserah kepada kesesuaian individu. Hiburan  boleh terjadi dalam berbagai cara dan kelab malam adalah salah satu contoh hiburan yang melampau.


Kelab malam merupakan sejenis tempat istirehat yang beniaga pada waktu larut malam. Walaupun kelab malam juga sejenis kedai arak, namun kelab malam berbeza dengan bar atau pub kerana dilengkapi dengan ruang tarian dan khidmat DJ yang memainkan lagu pop dan tarian yang rancak. Golongan-golongan yang kerap pergi ke kelab malam kebiasannya golongan-golongan muda yang inginkan hiburan bagi menceriakan diri mereka sendiri dan juga kononnya untuk mengisi masa lapang mereka dan menghilangkan tekanan tetapi ia lebih kepada pembaziran masa dan akhirnya terjebak kepada benda yang tidak sepatutnya.





Berdasarkan apa yang terjadi baru-baru ini, pada 15 April 2019 yang lalu di Baitulmaqdis, terdapat satu berita yang sangat menggempurkan di mana “ MASJID JADI KELAB MALAM “. Berdasarkan berita tersebut, Pihak Israel mencetuskan kemarahan umat Islam Palestin apabila meukar Masjid Al Ahmar di wilayah yang di duduki menjadi sebuah kelab malam. Yang paling mengejutkan, permohonan bagi menukar masjid bersejarah itu menjadi bar dan dewan perkahwinan mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Israel di Wilayah Safad.


Difahamkan, Masjid Al Ahmar dibina pada abad ke 13 dan namanya kini ditukar kepada Khan Al Ahmar dan ia mula diceroboh pelampau Yahudi pada 1948.




Apa yang terjadi pada zaman sekarang lagi menyedihkan apabila ramai sangat anak muda belasan tahun yang masih bersekolah sudah berani untuk menjejakkan kaki ke kelab malam tanpa pengetahuan ibu bapa mereka sendiri. Mereka sanggup menipu ibu bapa mereka asalkan mereka dapat keluar berhibur dengan rakan-rakan. Perbuatan seperti ini patut dibendung oleh pihak berkuasa.

Seperti yang kita tahu, seorang pendakwah mualaf iaitu Ustaz Ebit Lew, sendiri menangis melihat ramai anak-anak muda membanjiri kelab malam. “MENANGIS JE”, antara luahan Ustaz Ebit Lew. Dia berasa sebak dan sayu apabila pergi berdakwah di kelab kerana di situ sesak dengan anak muda yang majoritinya beragama Islam yang sedang keluar masuk kelab tersebut.

Kata Ustaz Ebit Lew, ramai anak muda baik-baik di situ apabila diberikan nasihat dan mereka hanya tersenyum apabila mendengar nasihat daripada Ustaz Ebit Lew. Ketika dia menyampaikan dakwah, ada seorang pemuda meluahkan perasaannya bahawa dia tidak solat langsung dan menyatakan yang dirinya kotor dengan dosa. Lalu mereka bertanyakan soalan bahawa adakah Allah akan mengampuni mereka.

Seperti biasa, Ustaz Ebit Lew akan menjawab dengan penuh lemah lembut dan sopan santun dan menjawab kepada pemuda itu bahawa Allah sayang akan semua hambanya dan beliau memesan kepada pemuda tersebut bahawa jangan pernah tinggal solat. Betul! Sejahat mana pun kita, sehina mana pun kita, janganlah sesekali kita meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama.





 KESAN

Dalam kajian kami mencari kesan dan tiada kesan yang baik tetapi kesan yang tidak baik. Antarnya ialah
·         - Peningkatan kes jenayah di dalam negara
·         - Keruntuhan akhlak masyarakat terutamanya anak muda remaja
·         - Menyebabkan generasi muda lupa akan matlamat hidup yang sebenar.
·         - Menggagalkan usaha kerjaan untuk melahirkan masyarkat yang berwawasan
·         - Maruah keluarga tergadai

CARA MENGATASI

·       >  Masyarakat pelu mendekatkan diri dengan didikan yang berunsurkan agama.
·    > Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memberi perhatian dan mengawasi pergerakan anak-anak mereka.
·      > Ibu bapa hendaklah mengenal pasti dan mengambil berat tentang masalah yang sedang dihadapi oleh anak mereka.
·    > Selain itu, ibu bapa perlu mementingkan didikan agama terhadap anak-anak supaya mereka dapat membezakan halal dan haram
·    > Remaja perlu memilih kawan yang betul dan yang boleh membimbing kita ke jalan yang benar.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita sebagai manusia boleh berhibur tetapi ada batas yang kita perlu jaga dan jangan sampai terpesong ke arah lain. Para remaja tidak sepatutnya menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Ia disebabkan sikap anak muda yang suka mencuba benda baharu yang mereka tidak pernah buat. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga kebajikan anak-anak mereka dan memberi perhatian yang secukupnya kepada mereka. Akhir sekali, pihak kerajaan juga perlu bertanggungjawab untuk tidak meluluskan pembukaan kelab-kelab malam di negara ini.

No comments:

Post a Comment