Pengenalan:
Pengisian ini membahaskan tentang parti yang melampau yang melibatkan hiburan dan mengarah kepada maksiat dan fitnah. Hiburan itu penting dalam kehidupan. Ini kerana hiburan dapat mengurangkan tekanan dan kesedihan seseorang individu. Hiburan iaitu parti juga boleh merapatkan silaturahim antara individu dengan individu lain. Namun begitu, hiburan yang sepatutnya membawa kepada kebaikkan ini telah disalah fahami oleh sesetengah individu. Di mana parti yang biasa biasa sahaja telah menjadi liar dan tular ke media sosial. Bagaimanakan parti liar ini boleh terjadi? Bagaimanakah kita hendak mengatasi parti yang melampau ini?
Bagaimanakan parti liar ini boleh terjadi?
- Kurangnya pengawasan daripada ibu bapa.
- Kurang didikkan agama
- Pengaruh rakan sebaya dan persekitaran
- sifat ingin mencuba
Langkah mengatasi:
- awasi pergaulan anak anak
- memberikan didikan agama yang sempurna
- sentiasa peka dengan perubahan anak anak
- berikan kasih sayang yang sempurna
Contoh parti melampau atau liar:
- parti di mana makanan di buat menjadi bentuk alat sulit (viral)
- parti yang membawa kepada maksiat dan zina (clubbing di rumah secara peribadi )
Kesimpulan :
Kesimpulannya, kita haruslah menjaga batas pergaulan kita. Nabi SAW pernah bersabda “ wahai hanzalah, sekiranya kamu berterusan dengan keadaan kamu sekarang ini iaitu ibadah semata - mata tanpa rehat dan berhibur seketika nescaya malaikat akan mengiringi kemana sahaja kamu lalu”. sesungguh nya mencegah itu lebih elok daripada merawat.


No comments:
Post a Comment